09 Ogos 2008


CINTA...kini aku berhadapan dengannya lagi...kali ini seakan menjadi rumit perkara ini. rindu sudah tentu pasti bersamanya. perit dan pahit pasti menyelubungi rindu itu. kenapa aku selalu sahaja mencintai seseorang yang sudah pun mempunyai hati dan perasaan terhadap orang lain? hari itu aku menemui debaran cinta, tapi orang itu sudah pun berumahtangga. insan yang aku cintai dan ingati tika ini, belum lagi tahu isi hati ini. bagaimana aku nak luahkan dalam keadaan aku sekarang ini? adakah aku mampu bertahan dengan desakan hati yang merindui dia selalu. ibarat ditelan mati anak, diluah mati emak. di kala sunyi itula aku rindu padanya, ingat padanya. adakah ini ujian untukku lagi atau bakal terjadi suatu pertemuan yang menamatkan semua ini. wahai Tuhan, Kau bukalah kelapangan hati ini untuk melihat kecerahan jalanMu yang sangat2 kudambakan.......amin...