06 Mac 2008

Keinginan boleh mengatasi segalanya...

Hari ini, salah seorang member aku, Tim, dah "terbang" ke singapore, pada pukul 10 pagi tadi, bersamaan dengan 7 Mac 2008..... Ramai yang sedih dengan perpisahan ini, terutamanya insan2 yang dekat dengan beliau..namun itu semua merupakan sebuah lagi cerita dalam sebuah kisah kehidupan yang bakal dijadikan satu lagi rentetan sejarah yang bakal dikenang....pemergian Tim ini membawa sebuah impian dan cita-cita yang tinggi, setinggi penerbangan Singapore airline, tempat baru kerjaya beliau yang bakal bermula...

banyak kenangan yang telah dilalui bersama dengan Tim ni..bermula dengan perkenalan di pizza san fransisco, bangi, setahun yang lepas telah membawa kepada sebuah persahabatan yang begitu unik sekali...siapa sangka, gadis ini berani untuk melakar sejarahnya sendiri, yang pasti menjanjikan 1001 pelbagai ulitan perasan, emosi dan suasana.secara peribadi, aku pun terasa juga sedihnya malahan dialah di antara kawan atau sahabat yang aku ada di sini, di bandar baru bangi ini...banyak yang telah aku pelajari daripada Tim ni...Tim telah membuktikan pada dirinya dan juga dunia amnya, bahawa, keinginan dan kemahuan yang tinggi mampu mengatasi segalanya..bukannya sijil, kelulusan yang tinggi menjadi keutamaan, tetapi semangat dan keazaman yang tebal dan hangat sahaja mampu membawa Tim jauh di persada lebih tinggi lagi....Tim boleh dijadikan bukti kejayaan manusia biasa yang memiliki kemampuan yang luar biasa. bukan memuji tapi itulah realiti...kini, bukan segulung ijazah menjadi pertaruhan, tetapi mencari kehidupan yang lebih baik itulah menjadi sasaran....kepada rakan-rakan yang mengenali Tim, kita sama2 doakanlah agar Tim berjaya mencapai apa yang dingini....jadikanlah ini sebagai suatu inspirasi bagi meniti epilog kehidupan yang sentiasa memberikan debaran dan degupan tanpa jangkaan..kepada Tim, All the best...kami di sini, sentiasa menyokong ko kat mana je ko terbang...yang penting jangan lupakan rakan-rakan ko bila ko berjaya nanti....

Fffuuuuhhhh........

02 Mac 2008

MALAM JUMAAT.........










ni lah antara kawan2 aku yang selalu lepak...kitaorang selalu lepak kat serina, seksyen 15, tempat aku tinggal masa mula2 datang bangi dulu...but malam kitaorang lepak, 28 feb 2008, suatu insiden telah berlaku....insiden pertama: mpkj datang ke serina, pastu tak leh karaoke..insiden kedua: cekodok yang aku order telah dimakan oleh orang lain...tapi yang ni taklah aku ambik hati sangat..insiden ke3: motor aishah hilang/dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab//time tu kitaorang pi lah karaoke kat jalan reko..tak sangka pulak boleh motor dia hilang..well, setiap kejadian ada hikmahnya....tak dilupakan jugak, aku n arif dikejar oleh anjing ketika cari motor aishah tu.....apa boleh buat..benda dah jadi....

walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan.....jangan mengalah..kena ingat, setiap yang berlaku ada hikmah nya.....