05 September 2008






Assalamualaikum....hehehe...lagi sebuah kisah cinta aku...gambar awek yang duduk tu, namanya ZAHARA YATI JAHAYA... aku kenal dia masa aku belajar kat Kustem (UMT), terengganu...masa tu aku sem 1...perkenalan kami bermula dengan keadaan yang agak formal juga, kumpulan assigment untuk TMK (teknologi maklumat)...cinta tu buta..aku ingat aku takkan jatuh cinta lagi, tapi Tuhan ada perancanganNya yang tersendiri...namun hubungan cinta rasmi kami tak lah lama, lebih kurang 2 bulan sahaja, tapi kesannya terhadap aku agak lama juga, hampir 2 1/2 tahun... masa tu aku ni boleh dianggap kompius dalam cinta kerana Marini pun masih dalam cintaku juga, tapi aku tak pasti... tu sebab aku pilih Ara...aku ada tulis sebuah diari hitam untuk dia ni selama 2 tahun setengah..namun diari itu aku dah berikan dia 2 tahun lepas, masa birthday dia...aku akui keadaan aku masa tu mcm terburu2, tidak berfikir panjang, tergopoh gapah, tu yang buat hubungan kami tidak kekal lama...
time aku propose dia, masa tu kami buat assigment sama kat makmal komputer, so, aku ajak dia keluar jap kat luar makmal..aku pun luahkan perasaan aku kat dia...tak pulak aku sangka yang dia ada menaruh hati kat aku...tapi lepas raya, aku terkejut yang dia kata nak anggap aku ni kawan je...mulai saat tu, macam2 yang aku buat untuk memenangi kembali hati dia...tapi akhirnya, 2 tahun lepas, aku let go everything..aku lepaskan perasaan aku tanpa ada tinggal sikit pun..kini aku dengar dia couple dengan member aku sendiri, Bada, tapi aku taklah kecik hati or marah ke...at least dia berjumpa kasih bersama orang yang aku kenali, kerana Bada tu memang baik orangnya...semoga mereka berdua dapat dikekalkan perhubunga cinta sehingga ke syurga...











Assalamualaikum...kepada pembaca2 yang mungkin membaca kisah2ku ini...malam ni, di bulan ramadhan, tiba2 je gatal tangang aku ingin mencoretkan kisah ku yang mungkin inginku kenang di masa hadapanku....semoga ia menjadi iktibar dan pedoman buat semua insan yang sentiasa mencari kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup...
ini lah CINTA PERTAMA aku... cinta yang pernah membuatkan aku hidup dalam awang2an dan cinta yang boleh aku simpulkan sebagai kesetiaan, kepercayaan, kejujuran, kasih sayang yang tak terhingga....her name is MARINI MAHAD. she the first girl that make my heart stop when i look to her...kami berkenalan semasa di bangku sekolah menengah...waktu tu aku form 3 dan dia form 1...perkenalan dengannya memang romantik..aku ingat lagi dia mula memberikan aku seutus surat perkenalan yang amat2 membuatkan aku jatuh hati...dari saat itu kami mula berutus surat, namun jarang sekali untuk kami "date", keluar dan kadang kala aku akan menelefon dia. cintanya sentiasa membuatkan aku hidup bagaikan tanpa noktah...jika dikenang kembali, hanya dia sahajalah yang mempraktikkan nostalgia cinta dalam bentuk yang "old-school" dan aku sukakan cara itu lagi sehingga kini...tak ramai perempuan2 di luar sana yang mempraktikkan cara cinta seperti dia...aku boleh katakan lagi dia ini memang setia terhadap cinta kami..pelbagai rintangan dan onak duri yang kami harungi...
aku ingat lagi, waktu raya, aku akan berkunjung ke rumah dia, as long ranger, sehingga aku kenal akan family dia...tetapi, semasa aku melanjutkan pelajaran aku ke matrikulasi KIK, kami tak dapat berhubung...hampir setahun lamanya...aku hanya dapat berhubung dengannya hanya pabila aku repeat matrik di labuan...kemudian, ketika melanjutkan pelajaran ke terengganu, kustem, kami still berhubung...silap aku jugak, kerana tidak mempertahankan cinta yang pernah kami bina..mungkin kerana sikap aku di waktu itu yang tidak serius, beban dan tanggungjawab sebagai student walaupun menjadi student yang teruk....selama 7 tahun percintaan itu terjalin dengan pasang surutnya, namun aku dan dia tidak dapat melawan ketentuan Ilahi...akhirnya, dia selamat dijabkabulkan tahun lepas (2007), bulan disember...tu pun setelah mak aku bagitau aku...aku ingat lagi kata2 mak dia sewaktu aku berbicara dengan mak dia, "Nazri, makcik dah anggap Nazri ni macam anak makcik sendiri...tapi, apakan daya, jodoh tiada"...aku akui, sikap aku yang masa itu kurang berpegang teguh pada kesetaiaan percintaan...bagi aku, yang lepas, biarlah lepas..tidak mampu aku untuk berpatah balik bagi mengubah keadaan..kini, aku percaya, kita semua mampu membentuk masa depan kita sendiri..untuk Marini, aku doakan agar dia bahagia sehingga ke syurga bersama suaminya yang dia cintai...jika dia dapat melawati laman ini, ingin aku katakan padanya, aku ingin memohon maaf di atas kebodohan aku yang tidak dapat melihat sesuatu berharga di depan mataku....aku kesali perbuatan ku yang acuh tak acuh tentang cinta dia...kuasa cintanya, belum lagi dapat digati oleh sesiapa pun setakat ini...kau yang menemukan aku dengan cinta...namun aku terus buta tanpa merasanya...kini, nasi sudah menjadi bubur lambuk...boleh dihidang tapi bukan untuk aku......

p/s...:aku sertakan sekali di antara surat2 marini yang masih dalam simpananku...

09 Ogos 2008


CINTA...kini aku berhadapan dengannya lagi...kali ini seakan menjadi rumit perkara ini. rindu sudah tentu pasti bersamanya. perit dan pahit pasti menyelubungi rindu itu. kenapa aku selalu sahaja mencintai seseorang yang sudah pun mempunyai hati dan perasaan terhadap orang lain? hari itu aku menemui debaran cinta, tapi orang itu sudah pun berumahtangga. insan yang aku cintai dan ingati tika ini, belum lagi tahu isi hati ini. bagaimana aku nak luahkan dalam keadaan aku sekarang ini? adakah aku mampu bertahan dengan desakan hati yang merindui dia selalu. ibarat ditelan mati anak, diluah mati emak. di kala sunyi itula aku rindu padanya, ingat padanya. adakah ini ujian untukku lagi atau bakal terjadi suatu pertemuan yang menamatkan semua ini. wahai Tuhan, Kau bukalah kelapangan hati ini untuk melihat kecerahan jalanMu yang sangat2 kudambakan.......amin...

03 April 2008

USIA...itulah suhu perubahan kehidupan kita..namu kita kadang2 takut untuk menjangkakan situasi di usia akan datang..sedar kah atau tidak, usia pasti bertambah, namun jangka hayat kita sentiasa akan singkat...apa yang lebih bermakna untuk kehidupan yang sementara ini? apakah benar apa yang kita kejar selama ini? berbaloikah apa yang kita perolehi selama ini? sejauhmanakah kita merenungkan ia dan sedalam manakah kita mengambil berat tentangnya...?

masa...itulah sahabat karib usia...mereka ini ibarat aur dengan tebing, bagai pantai dengan ombak, bagai awan dengan langit..mereka ini tak mungkin dapat dipisahkan...begitu juga dengan kita dan kehiudpan...cuma selalu kita ingat kita memilih yang betul, dan adakah itu yang sepatutnya? pilihan boleh jadi pilihan, namun tidak mustahil ia juga merupakan ujian...

itulah masalah kita iaitu" MEMILIH"...

06 Mac 2008

Keinginan boleh mengatasi segalanya...

Hari ini, salah seorang member aku, Tim, dah "terbang" ke singapore, pada pukul 10 pagi tadi, bersamaan dengan 7 Mac 2008..... Ramai yang sedih dengan perpisahan ini, terutamanya insan2 yang dekat dengan beliau..namun itu semua merupakan sebuah lagi cerita dalam sebuah kisah kehidupan yang bakal dijadikan satu lagi rentetan sejarah yang bakal dikenang....pemergian Tim ini membawa sebuah impian dan cita-cita yang tinggi, setinggi penerbangan Singapore airline, tempat baru kerjaya beliau yang bakal bermula...

banyak kenangan yang telah dilalui bersama dengan Tim ni..bermula dengan perkenalan di pizza san fransisco, bangi, setahun yang lepas telah membawa kepada sebuah persahabatan yang begitu unik sekali...siapa sangka, gadis ini berani untuk melakar sejarahnya sendiri, yang pasti menjanjikan 1001 pelbagai ulitan perasan, emosi dan suasana.secara peribadi, aku pun terasa juga sedihnya malahan dialah di antara kawan atau sahabat yang aku ada di sini, di bandar baru bangi ini...banyak yang telah aku pelajari daripada Tim ni...Tim telah membuktikan pada dirinya dan juga dunia amnya, bahawa, keinginan dan kemahuan yang tinggi mampu mengatasi segalanya..bukannya sijil, kelulusan yang tinggi menjadi keutamaan, tetapi semangat dan keazaman yang tebal dan hangat sahaja mampu membawa Tim jauh di persada lebih tinggi lagi....Tim boleh dijadikan bukti kejayaan manusia biasa yang memiliki kemampuan yang luar biasa. bukan memuji tapi itulah realiti...kini, bukan segulung ijazah menjadi pertaruhan, tetapi mencari kehidupan yang lebih baik itulah menjadi sasaran....kepada rakan-rakan yang mengenali Tim, kita sama2 doakanlah agar Tim berjaya mencapai apa yang dingini....jadikanlah ini sebagai suatu inspirasi bagi meniti epilog kehidupan yang sentiasa memberikan debaran dan degupan tanpa jangkaan..kepada Tim, All the best...kami di sini, sentiasa menyokong ko kat mana je ko terbang...yang penting jangan lupakan rakan-rakan ko bila ko berjaya nanti....

Fffuuuuhhhh........

02 Mac 2008

MALAM JUMAAT.........










ni lah antara kawan2 aku yang selalu lepak...kitaorang selalu lepak kat serina, seksyen 15, tempat aku tinggal masa mula2 datang bangi dulu...but malam kitaorang lepak, 28 feb 2008, suatu insiden telah berlaku....insiden pertama: mpkj datang ke serina, pastu tak leh karaoke..insiden kedua: cekodok yang aku order telah dimakan oleh orang lain...tapi yang ni taklah aku ambik hati sangat..insiden ke3: motor aishah hilang/dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab//time tu kitaorang pi lah karaoke kat jalan reko..tak sangka pulak boleh motor dia hilang..well, setiap kejadian ada hikmahnya....tak dilupakan jugak, aku n arif dikejar oleh anjing ketika cari motor aishah tu.....apa boleh buat..benda dah jadi....

walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan.....jangan mengalah..kena ingat, setiap yang berlaku ada hikmah nya.....

28 Februari 2008